SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG KAMI

Rabu, 8 April 2015

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT KEM PLKN BAGAI BUDI SANDAKAN: SK TAMAN RIMBA SANDAKAN

8 April; - Satu program Sekolah Angkat telah dilaksanakan oleh Kem PLKN Bagai Budi Sandakan pada 8 April dan 9 April 2015.  Program ini bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian ilmiah tentang ilmu Pertolongan Cemas, Kawad Kaki, Ikhtiar Hidup dan Perkhemahan serta Silibus Membina Perhubungan.  Program inimendapat kerjasama dari semua Pentadbir dan Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Taman Rimba Sandakan. Program bermula pada jam 130 ptg sehinga 230 petang.

Murid Berkumpul dan Mendengar Taklimat Ringkas

Semangat.  JL Fizikal Cikgu Nordin memberikan tunjuk ajar untuk murid 
dari Persatuan Pengakap

Penuh Minat. JL Fizikal Cikgu Idris memberi penerangan Pertolongan Cemas kepada murid
dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Demostrasi Pertolongan Cemas dilaksanakan.

Demostrasi Pemasangan Khemah menggunakan Ponco


Demostrasi Pemasangan Khemah  Menggunkan Khemah Moden/ Pasang Siap.

Ikhtiar Hidup.  Pendedahan berkaitan Isyarat Kecemasan disampaikan dengan baik dan berkesan
oleh JL Fizikal Cikgu Umi Kalsum.


Pasukan Puteri Islam mengikuti Silibus Membina Perhubungan yang dilaksanakan oleh
JL Pembinaan Diri.

Tekun.  Walaupun murid telah penat menjalani sesi persekolahan pada waktu pagi, murid 
diperamati menunjukkan minat dan penyertaan yang amat baik.


Aktiviti di sekolah ini akan diteruskan pada 15 dan 16 haribulan April akan datang bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua murid merasai semua modul yang diadakan.  




Rabu, 1 April 2015

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KENANGAN BUDI CURAHAN BAKTI KEM PLKN BAGAI BUDI DI PULAU NUNUYAN LAUT SANDAKAN


Satu Aktiviti Khidmat Komuniti telah dikoordinasikan oleh Kem PLKN Bagai Budi Sandakan pada 23 Mac lalu.  Program ini adalah merupakan satu program outreach kepada masyarakat setempat di Pulau Nunuyan Laut Sandakan.

Program juga bertujuan untuk membina hubungan baik di antara Jabatan amnya dan Kem PLKN Bagai Budi Sandakan amnya dengan masyarakat di sana.  Program disertai oleh 29 orang Staf Pengurusan dan Jurulatih serta 7 orang Ahli BSKN setempat.  Program ini mendapat kerjasama 6 orang anggota  Unit Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia dari Markas Pangkalan Sandakan yang bertindak sebagai pasukan pengiring bagi tujuan keselamatan.

Program melibatkan beberapa aktivitri bersama komuniti setempat iaitu pembersihan kawasan di sekitar kawasan perumahan menuju ke SK Nunuyan Laut Sandakan yang melibatkan laluan susur gajah sepanjang lebih 250 meter. Selain itu, aktivi mengecat gelanggang Badminton di Dewan Sri Nunuyan serta Tembok Pagar Utama Masjid Jamek Kg Nunuyan juga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Satu kunjungan kebajikan juga turut dapat dilaksankan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Safuan bin Said . Allahyarham merupakan bekas Pelatih Kem PLKN Bagai Budi Sandakan dan merupakan pelatih terbaik bagi Kumpulan 1 Siri 9 2012.  Pada hari kunjungan ini merupakan genap 6 bulan pemergian Allahyarham selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Aktiviti tamat pada jam 1345H dan pergerakan berkayak pulang telah tiba dengan selamat kira-kira 1440H.

Pergerakan dengan Kayak serta Bot Penambang dari Jeti Sg Kayu


Gelanggang Badminton di Dewan Sri Nunuyan


Keadaan Gelanggang yang hampir siap dicat.

Kerja-kerja mengecat sendang dilakukan dengan tekun oleh JL Cikgu Rusli Aris dan Cikgu Nordin berserta rakan yang lain.

Kemas. Tembok Utama Masjid Jamek Kg Nunyan yang siap.

Tekun. JL Cikgu Balqis, Cikgu Kamarol dan Cikgu Mariai melaksanakan pembersihan di bahagian dalam Masjid.

Ceria. Sekumpulan JL melaksanakan pembersihan kawasan.

JKKK memberikan sambutan yang baik kepada semua Staf dan JL yang terlibat.

Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Nunuyan Laut Sandakan

Pergerakan Berkayak Pulang.


Selasa, 19 Februari 2013

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
KUMPULAN 1 SIRI 10/2013

TEMPAT: PADANG KAWAD
                   KEM PLKN BAGAI BUDI, SANDAKAN SABAH
TARIKH:22 JANUARI 2013


Sungguh segak dan bergaya para Wira dan Wirawati bila mengenakan pakaian Loreng ( PLKN ). Sempena Majlis Perasmian Pembukaan ini juga Upacara pemakaian pangkat dilaksanakan bagi pelatih yang menunjukkan ciri - ciri Kepemimpin yang berkarisma. apalagi laksanakan lah tanggungjaawab yang di berikan wahai wira dan wirawati....


 


 




MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL BULANAN KEM
KUMPULAN 1 SIRI 10/2013
KEM PLKN BAGAI BUDI, SANDAKAN SABAH

TEMPAT: SUARAU MUAZZIM
                  KEM PLKN BAGAI BUDI, SANDAKAN SABAH
TARIKH: 17 Januari 2013


Tahlil bulanan yang di laksanakan bersama denagan Kem Komandan, TKP,  staff, Jurulatih Dan Warga Kem. Dalam tahlil ini pelatih bersama warga akan membaca Surah Yassin dan mendengar sedikit ceramah ringkas daripada Ustaz L/KPL MUSTHAKIM BIN TAHIR.  ALHAMDULILLAH........semoga kebaikan sentiasa bersinar... Amin..


 

 

 

 

 

PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA

TARIKH : 3 FEBUARI 2013
TEMPAT: PADANG PERBANDARAN SANDAKAN



Sempena Program untuk mencantikkan lagi keadaan di bumi ini khususnya di MALAYSIA, maka telah di adakan Program yang Dinamakan MY BEAUTIFUL MALAYSIA... WOW indahnya dan cantiknya MALAYSIA.....