SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG KAMI

Rabu, 8 April 2015

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT KEM PLKN BAGAI BUDI SANDAKAN: SK TAMAN RIMBA SANDAKAN

8 April; - Satu program Sekolah Angkat telah dilaksanakan oleh Kem PLKN Bagai Budi Sandakan pada 8 April dan 9 April 2015.  Program ini bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian ilmiah tentang ilmu Pertolongan Cemas, Kawad Kaki, Ikhtiar Hidup dan Perkhemahan serta Silibus Membina Perhubungan.  Program inimendapat kerjasama dari semua Pentadbir dan Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Taman Rimba Sandakan. Program bermula pada jam 130 ptg sehinga 230 petang.

Murid Berkumpul dan Mendengar Taklimat Ringkas

Semangat.  JL Fizikal Cikgu Nordin memberikan tunjuk ajar untuk murid 
dari Persatuan Pengakap

Penuh Minat. JL Fizikal Cikgu Idris memberi penerangan Pertolongan Cemas kepada murid
dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Demostrasi Pertolongan Cemas dilaksanakan.

Demostrasi Pemasangan Khemah menggunakan Ponco


Demostrasi Pemasangan Khemah  Menggunkan Khemah Moden/ Pasang Siap.

Ikhtiar Hidup.  Pendedahan berkaitan Isyarat Kecemasan disampaikan dengan baik dan berkesan
oleh JL Fizikal Cikgu Umi Kalsum.


Pasukan Puteri Islam mengikuti Silibus Membina Perhubungan yang dilaksanakan oleh
JL Pembinaan Diri.

Tekun.  Walaupun murid telah penat menjalani sesi persekolahan pada waktu pagi, murid 
diperamati menunjukkan minat dan penyertaan yang amat baik.


Aktiviti di sekolah ini akan diteruskan pada 15 dan 16 haribulan April akan datang bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua murid merasai semua modul yang diadakan.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan