SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG KAMI

Rabu, 1 April 2015

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KENANGAN BUDI CURAHAN BAKTI KEM PLKN BAGAI BUDI DI PULAU NUNUYAN LAUT SANDAKAN


Satu Aktiviti Khidmat Komuniti telah dikoordinasikan oleh Kem PLKN Bagai Budi Sandakan pada 23 Mac lalu.  Program ini adalah merupakan satu program outreach kepada masyarakat setempat di Pulau Nunuyan Laut Sandakan.

Program juga bertujuan untuk membina hubungan baik di antara Jabatan amnya dan Kem PLKN Bagai Budi Sandakan amnya dengan masyarakat di sana.  Program disertai oleh 29 orang Staf Pengurusan dan Jurulatih serta 7 orang Ahli BSKN setempat.  Program ini mendapat kerjasama 6 orang anggota  Unit Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia dari Markas Pangkalan Sandakan yang bertindak sebagai pasukan pengiring bagi tujuan keselamatan.

Program melibatkan beberapa aktivitri bersama komuniti setempat iaitu pembersihan kawasan di sekitar kawasan perumahan menuju ke SK Nunuyan Laut Sandakan yang melibatkan laluan susur gajah sepanjang lebih 250 meter. Selain itu, aktivi mengecat gelanggang Badminton di Dewan Sri Nunuyan serta Tembok Pagar Utama Masjid Jamek Kg Nunuyan juga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Satu kunjungan kebajikan juga turut dapat dilaksankan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Safuan bin Said . Allahyarham merupakan bekas Pelatih Kem PLKN Bagai Budi Sandakan dan merupakan pelatih terbaik bagi Kumpulan 1 Siri 9 2012.  Pada hari kunjungan ini merupakan genap 6 bulan pemergian Allahyarham selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Aktiviti tamat pada jam 1345H dan pergerakan berkayak pulang telah tiba dengan selamat kira-kira 1440H.

Pergerakan dengan Kayak serta Bot Penambang dari Jeti Sg Kayu


Gelanggang Badminton di Dewan Sri Nunuyan


Keadaan Gelanggang yang hampir siap dicat.

Kerja-kerja mengecat sendang dilakukan dengan tekun oleh JL Cikgu Rusli Aris dan Cikgu Nordin berserta rakan yang lain.

Kemas. Tembok Utama Masjid Jamek Kg Nunyan yang siap.

Tekun. JL Cikgu Balqis, Cikgu Kamarol dan Cikgu Mariai melaksanakan pembersihan di bahagian dalam Masjid.

Ceria. Sekumpulan JL melaksanakan pembersihan kawasan.

JKKK memberikan sambutan yang baik kepada semua Staf dan JL yang terlibat.

Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Nunuyan Laut Sandakan

Pergerakan Berkayak Pulang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan